Tuesday, 24 April 2012

Kemahiran Sains


Kemahiran Manipulatif
            Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul, menggendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan dan pengukuran dengan betul (Abu Hassan, 2003).
  
 Kemahiran Proses Sains
            Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat ramalan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi, kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran mengeksperimen.
           
            Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains bersepadu, pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses sains bersepadu dapat digunakan dengan berkesan. Kemahiran proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment