Monday 23 April 2012

Selamat Datang Ke Dunia Sains

DEFINISI SAINS

Sains ditakrifkan secara berbeza bergantung pada individu yang melihatnya. Orang biasa mungkin mendefinisikan sains sebagai bahan maklumat saintifik manakala saintis mungkin melihatnya sebagai prosedur untuk menguji hipotesis.

Definisi sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin “scinetia” yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Menurut Kamus Dewan, sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya manakala menurut K.T. Compton, sains merupakan sikap inkuiri, pemerhatian dan penakulan mengenai dunia ini. Selain itu, menurut B.F. Skinner sains merupakan satu set sikap, satu pemikiran berkenaan dengan fakta, lebih daripada apa yang dikatakan tentang fakta itu. Oleh itu, jika diperhatikan pengertian sains melibatkan tiga unsur utama iaitu proses atau kaedah, hasil dan sikap. Secara sederhana sains bererti sebagai tubuh pengetahuan (body of knowledge) yang muncul dari pengelompokkan secara sistematik dari pelbagai penemuan ilmiah sejak zaman dahulu, atau biasa disebut sains sebagai produk. Produk yang dimaksud adalah fakta-fakta, prinsip-prinsip, model-model, hukum-hukum alam, dan pelbagai teori yang membentuk semesta pengetahuan ilmiah yang biasa diibaratkan sebagai bangunan di mana pelbagai hasil kegiatan sains tersusun dari berbagai penemuan sebelumnya. Sains juga boleh dimaksudkan sebagai suatu kaedah khusus untuk menyelesaikan masalah, atau disebut sains sebagai proses. Selain itu sains juga membawa maksud sebagai suatu penemuan baru atau perkara baru yang dapat digunakan setelah kita menyelesaikan permasalahan secara teknikal dan menggunakan kemudahan iaitu disebut sebagai teknologi. Teknologi merupakan suatu sifat nyata dari aplikasi sains, suatu cabang dari sains yang mempunyai kekuatan untuk melakukan sesuatu. Sehingga salah satu definisi popular tentang sains termasuk juga teknologi di dalamnya. Berdasarkan Webster New Collegiate Dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang melingkupi suatu kebenaran umum dari hukum-hukum alam yang terjadi misalnya didapatkan dan dibuktikan melalui kaedah ilmiah. Sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena-fenomena yang terjadi di alam . Pengertian sains juga merujuk kepada susunan pengetahuan yang diperolehi melalui kaedah tersebut atau bahasa yang lebih mudah, sains adalah cara ilmu pengetahuan yang didapatkan dengan menggunakan kaedah tertentu. Jadi, sains adalah satu sistem untuk mendapatkan pengetahuan. Sistem ini menggunakan pemerhatian dan penyiasatan untuk memperihal dan menerangkan fenomena semulajadi. Istilah itu juga merujuk kepada koleksi pengetahuan yang telah dikumpulkan melalui sistem itu.

Semasa melakukan penyiasatan ahli-ahli sains dapat mengamalkan sikap dan nilai-nilai yang tertentu. Sains mencari maklumat terhadap sifat ingin yang sedia dalam diri kita tentang alam semulajadi. Kenapa daun itu hijau, kenapa langit biru pada siang hari tapi merah bila matahari terbit, apa itu gerhana matahari, dan kenapa tengkok zirafah panjang adalah di antara berjuta soalan yang ingin kita tahu jawapannya. Melalui sains kita akan tahu jawapannya.

 [Sumber: http://undsci.berkeley.edu/article/0_0_0/whatisscience_01]

Sains bersifat kompleks dan “multi-faceted’, tetapi sifat-sifat sains yang penting adalah jitu. Fokus sains adalah tentang alam semulajadi. Sains juga adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi, cara alam semulajadi berfungsi, dan kenapa alam semulajadi itu begitu. Jadi sains bukan hanya tentang koleksi fakta tetapi proses untuk mencari kefahaman. Cara saintis bekerja berbeza-beza, tetapi dasarnya sains adalah berkaitan dengan menguji idea-idea, membuat kesimpulan berasaskan bukti penyiasatan. Idea saintifik boleh dipercayai sebab telah melalui ujian yang rigorous, tetapi walaubagaimanpun sekiranya ada bukti baru idea tadi boleh diubah.

Kesimpulannya pengetahuan sains dikumpul daripada proses sains dan semasa proses sains dijalankan ahli-ahli sains membuat kerja mengikut budaya kerja yang berasaskan kepada sikap dan nilai murni.

No comments:

Post a Comment