Zaman
penjajahan, ada banyak perubahan. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk
menggubal tujuan pendidikan Sains. Hanya sebuah sekolah menengah sahaja yang
menawarkan Kursus 4 tahun Sains Am yang hanya mempunyai bilik dan kemudahan dan
guru sains yang berkelayakan.
Perang
dunia ke-2 berlaku, perlaksanaan kurikulum sains terhenti seketika. Selepas
perang, kursus Sains Am telah dijadikan kurikulum di semua sekolah menengah di
bawah Sukatan Pelajaran Britain.
-Selepas
merdeka, wujudnya kesedaran mengenai pendidikan Sains, maka dasar ini telah
diperkemaskan. Rancangan Malaysia kedua (RMK-2), kerajaan memberi penekanan
terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi dan terlalu mementingkan fakta. Murid- murid lepasan kursus tradisi tidak
mempunyai kefahaman dalam bidang Sains tetapi mempunyai pengetahuan fakta yang
luas. Kelemahan besar adalah tidak menggambarkan ilmu Sains seperti amalan
ahli-ahli sains dari sudut kandungan mahupun kaedah. Matlamat pengajaran dan
pembelajaran tidak dinyatakan dengan jelas.
Kementerian
Pendidikan mengambil langkah untuk tingkatkan kualiti pendidikan sains. Antara
langkah yang diambil adalah melalui Projek Khas Sains Sekolah Rendah, Kurikulum
Sains Tulen Moden, KBSR dan KBSM. Kementerian
Pendidikan memperbaiki sistem pengajaran subjek Sains di sekolah menengah. Diadaptasi mengikut kurikulum Barat untuk
mempercepatkan proses pembinaan sistem tersebut.
Projek
Khas Sains Rendah dikemukakan untuk mengatasi kelemahan dalam subjek Sains
melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Antara objektif perlaksanaan projek tersebut
adalah:
a. Isi pelajaran yang sesuai disampaikan
b. Cara penyampaian yang berkesan
Kemudian, matapelajaran Biologi, Fizik dan Kimia
diperkenalkan kepada sepuluh buah sekolah dan diikuti dengan Rampaian Sains
Moden. Antara sebab mengapa perubahan dibuat terhadap kurikulum Sains adalah:
a. Untuk mengikuti perkembangan semasa
dan mudah disesuaikan dengan keadaan tempatan
b.
Mempunyai penasihat dari Britain
sebagai pakar rujuk yang bersedia memberi sokongan dari sudut
latihan dan persediaan.
c. Kementerian Pendidikan berpendapat
adalah lebih baik mengubahsuai sesuatu yang telah wujud
daripada membina yang baru.
Penubuhan
Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan dasar kerajaan. Cadangan yang menjadi asas pembaharuan dalam
kurikulum peringkat sekolah iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) . KBSR
memberi penekanan kepada 3M (membaca , menulis,dan mengira) dan perkembangan
individu secara menyeluruh. Penggabungan mata
pelajaran Sains, Sejarah,Geografi, Kesihatan dan Sivik menjadi satu
matapelajaran iaitu Alam dan Manusia dan melaksanakan matapelajaran Alam dan Manusia dengan sepenuhnya.
Kemudian,
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM ) diperkenalkan. Matapelajaran Sains
diperkenalkan bagi menggantikan matapelajaran Alam dan Manusia. Pelaksanaan
tersebut disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya
:
a.
Kurangnya persediaan dan latihan
daripada guru untuk mengajar.
b. Sekolah tidak mempunyai kemudahan dan
masa yang cukup untuk mengajar
c. Tahap matapelajaran yang tinggi dan
hanya sesuai untuk pelajar yang cerdas dan pintar
2.1 Kurikulum Baru Sains Sekolah Rendah Tahun 2003 – Bahagian 1
Kurikulum
Baru Sekolah Rendah untuk mata pelajaran Sains telah disemak semula setelah
dilaksanakan mulai tahun 1995. Pengubahsuaian ini dibuat untuk memastikan
kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut adalah relevan dengan perkembangan
pesat dalam bidang sains dan teknologi di samping untuk melengkapkan pelajar
dengan kemahiran dan pengetahuan yang membolehkan mereka menangani segala
cabaran dunia masa akan datang. Pengubahsuaian yang telah dijalankan
termasuklah menggugurkan kandungan ke tahun yang lain dan memasukkan unsur yang
terkini dalam bidang-bidang berkaitan.Selain daripada pengubahsuaian isi
kandungan, penulisan kurikulum juga telah diubah suai iaitu hasil pembelajaran
untuk setiap tajuk dieksplisitkan untuk memudahkan guru merancang pengajaran
dan pembelajaran. Di samping pelaksanaan kurikulum sains dan matematik yang
diubah suai, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan mata pelajaran Sains di
tahap satu mulai tahun 2003.
2.1.1 Kurikulum Sains Tahap Dua yang Disemak Semula
Kurikulum sains sekolah
rendah bagi tahap dua yang diguna pakai sekarang,
telah dilaksanakan pada tahun 1995. Matlamat kurikulum
baru ini adalah untuk mengembangkan minat murid terhadap sains dan teknologi dan
memberi asas pengetahuan dan kemahiran
sains dan teknologi. Walaupun kemahiran sains
telah diterapkan semasa tahap satu, kemahiran tersebut dikukuhkan lagi
di tahap dua di samping kemahiran-kemahiran
lain yang lebih tinggi dan belum diperkenalkan
di tahap satu.
Justeru, murid-murid
diharapkan mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi
dalam kehidupan harian dan bagi
membolehkan murid mengamalkan budaya sains dan teknologi
ke arah pembentukan masyarakat ikram, dinamik, progresif,
bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi
penciptaan alam.
Semua objektif dalam
kurikulum lama dikekalkan dan ditambah beberapa
objektif lagi bagi disesuaikan dengan keadaan semasa.
Salah satu objektif yang
ditambah adalah memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi
dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini
dengan fenomena alam semula
jadi dan pengalaman harian.
2.1.2 Organisasi Kandungan
Kurikulum sains tahap
dua ini disusun atur mengikut lima tema iaitu:
1.
Menyiasat Alam Kehidupan
2.
Menyiasat Alam Fizikal
3.
Menyiasat Alam Bahan
4. Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
5. Menyiasat Dunia Teknologi
Setiap tema mengandungi
beberapa bidang pembelajaran. Setiap bidang
pembelajaran mempunyai beberapa hasil pembelajaran.
Hasil pembelajaran pula
terdiri daripada hasil pembelajaran umum dan
hasil pembelajaran khusus. Hasil pembelajaran umum ditulis mengikut
peringkat dalam domain kognitif dan afektif. peringkat dalam domain kognitif adalah mengetahui,
memahani, mengaplikasikan,
menganalisis, mensintesiskan dan menilai. Peringkat dalam domain
afektif adalah menyedari, menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi,
mensyukuri dan mengamalkan.
Hasil pembelajaran dalam domain psikomotor adalah
tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan. Setiap hasil pembelajaran seterusnya
diperincikan kepada hasil pembelajaran khusus yang
ditulis dalam tiga aras, iaitu:
1.
Aras 1 (A1)
2.
Aras 2 (A2)
3.
Aras 3 (A3)
Hasil pembelajaran
khusus dalam A1, A2 dan A3 ditulis dalam bentuk
objektif perlakuan yang diukur. Objektif perlakuan ini mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran
saintifik, kemahiran berfikir,
sikap saintifik dan nilai-nilai murni yang sesuai dengan
objektif pembelajaran
umum yang dinyatakan dalam hasil pembelajaran A1, A2 dan A3 merujuk
kepada ke dalaman dan skop hasil
pembelajaran yang berkenaan A1 aras yang asas dan harus dikuasai oleh murid sebelum
meneruskan ke A2 dan seterusnya ke A3.
Secara am, hasil
pembelajaran dalam sesuatu bidang pembelajaran disusun berurutan
daripada mudah ke kompleks. Maka
hasil pembelajaran sebaik-baiknya dipelajari mengikut urutannya dalam setiap bidang
pembelajaran. Bagaimanapun, dalam
pengajaran dan pembelajaran, urutan hasil pembelajaran dan bidang pembelajaran boleh
diubah suai mengikut keperluan atau konteks. cadangan aktiviti
pembelajaran memberi cadangan pengalaman pembelajaran yang akan
dilalui oleh murid. Ia juga memberi
maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu hasil pembelajaran cadangan aktiviti
pembelajaran diberi untuk membantu
guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi mencapai hasil pembelajaran yang
berkaitan. Satu aktiviti mungkin dicadangkan
untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran. Pada
masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk satu hasil
pembelajaran. Guru boleh mengubah suai
cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdesan, tahap kebolehan murid dan
juga keadaan sekeliling mereka. Guru digalakkan
mereka bentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan berkesan
untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sains.
2.1.3 Penekanan P&P
Pengajaran dan pembelajaran bagi Sains Tahap
Dua menekankan pembelajaran berfikrah, pembelajaran
berfikrah merupakan satu proses
pembelajaran dalam memperolehi pengetahuan dan penguasaan
kemahiran yang dapat mengembangkan minda murid ke
tahap optimum. Dalam pembelajaran berfikrah, aktiviti yang dirancang
harus bukan berbentuk rutin, tetapi dapat mencetuskan pemikiran
kritis dan kreatif murid.
Pembelajaran berfikrah boleh dijalankan
melalui pelbagai pendekatan seperti inkuri penemuan,
konstruktivisme, pembelajaran
kontekstual dan pembelajaran masteri. Murid harus sedar secara eksplisit kemahiran berfikir
dan strategi berfikir yang digunakan
dalam pembelajaran. Murid didedahkan dengan soalan atau masalah yang beraras tinggi dan mereka harus
menggunakan daya kreativiti mereka untuk
menyelesaikannya. Pembelajaran yang
disarankan adalah pembelajaran berpusatkan murid dengan murid dilibatkan secara aktif. Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran
yang dicadangkan di atas boleh dilaksanakan melalui
pelbagai kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi,
projek, penggunaan sumber luar bilik darjah dan kajian masa depan. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran,
cadangan kaedah pengajaran
dan pembelajaran untuk mencapai sesuatu hasil pembelajaran
dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan pengalaman pembelajaran yang ditulis
dalam Huraian Sukatan Pelajaran jika perlu, bagi
disesuaikan dengan kebolehan murid dan keadaan
sekeliling.
2.1.4 Perubahan Kandungan
Kandungan dalam kurikulum baru ini masih
dikekalkan kepada lima bidang,
iaitu:
1. Menyiasat Alam Kehidupan.
2. Menyiasat Alam Fizikal.
3. Menyiasat Alam Bahan
4. Menyiasat Bumi dan Alam
Semesta
5. Menyiasat Dunia Teknologi.
Bidang-bidang ini dinamakan sebagai tema.
Secara keseluruhannya, 95 peratus isi kandungan kurikulum
ini adalah sama
dengan kurikulum yang sedia ada. Terdapat sedikit penambahan dalam tajuk tenaga, iaitu
diperkenalkan sumber, bentuk,
konsep tenaga dan penjimatan tenaga. Tajuk ini dimasukkan
selaras dengan projek Kecekapan Tenaga dan tenaga yang
Boleh Diperbaharui. Selain daripada itu, bagi tajuk Gerak Balas Kehidupan
Terhadap Rangsangan, jenis-jenis rangsangan pada
tumbuhan diperkenalkan.
2.2 Kurikulum Baru Sains Sekolah Rendah Tahun 2003 – Bahagian 2
2.2.1 Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tahap Satu KBSR
Kementerian Pendidikan telah mengambil
keputusan untuk memperkenalkan
mata pelajaran sains di peringkat persekolahan yang lebih awal iaitu di tahap satu. Mata pelajaran tersebut
akan dilaksanakan di semua
sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 2003. Matlamat utama pelaksanaan mata pelajaran sains
tahap satu adalah untuk mengembangkan
minat murid terhadap sains di samping mengembangkan
daya kreativiti mereka sesuai dengan sifat semula jadi kanak-kanak pada peringkat ini yang sentiasa ingin tahu
kejadian di sekeliling mereka.
2.2.2 Rasional
Keputusan untuk memperkenalkan mata pelajaran Sains di
tahap satu dibuat berasaskan kepada
beberapa pertimbangan, antara asas pertimbangan
tersebut ialah:
1.
Mewujudkan kesinambungan antara kurikulum
pra-sekolah dan kurikulum sekolah rendah.
2.
Mengoptimumkan peringkat perkembangan kognisi
kanak-kanak.
3.
Memberi kemahiran proses sains yang asas kepada
murid-murid di peringkat yang lebih awal.
4.
Meningkatkan minat murid dalam sains di peringkat
persekolahan yang lebih tinggi.
5.
Perbandingan pencapaian sains dengan negara lain.
2.2.3 Strategi Pelaksanaan
(a) Pelaksanaan Percubaan
Sebelum mata pelajaran sains tahap satu
sekolah rendah dilaksanakan secara menyeluruh,
pelaksanaan percubaan akan dijalankan
terlebih dahulu. Tujuan pelaksanaan percubaan adalah bagi mendapatkan input mengenai
kelemahan daripada aspek isi kandungan
kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran atau pun modul pengajaran dan pembelajaran
serta kekangan dan masalah
yang mungkin timbul semasa pelaksanaan program. Jadual 1 menunjukkan tahun pelaksanaan
percubaan dan pelaksanaan
penuh.
Jadual
1: Pelaksanaan Percubaan dan Pelaksanaan Penuh Sains Tahap Satu.
Tahun
|
Pelaksanaan Percubaan
|
Pelaksanaan Penuh
|
2002
|
Tahun 1
|
-
|
2003
|
Tahun 2
|
Tahun 1
|
2004
|
Tahun 3
|
Tahun 1, Tahun 2
|
2005
|
-
|
Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3
|
(b) Pengajaran dan pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran sains
tahap satu adalah berteraskan strategi pembelajaran
inkuiri dan penemuan. Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran menekankan kepada penguasaan kemahiran, pemerolehan pengetahuan
dan pengamalan sikap saintifik
dan nilai murni. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah
berpusatkan pelajar, bersifat `hands-on' dan `minds-on' dan menyeronokkan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di bilik
sains atau bilik darjah di samping sumber
lain yang sedia ada di sekitar kawasan persekolahan seperti taman sains. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran juga boleh
dijalankan dengan menggunakan sumber luar yang berkaitan seperti taman haiwan dan
pusat sains.
(c) Peruntukan waktu
Bilangan waktu pengajaran yang diperuntukkan
untuk mata pelajaran sains tahap satu seperti
yang dipersetujui dalam mesyuarat
JKP dan mesyuarat JPP adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 2:
Jadual 2: Peruntukan Waktu Pengajaran Sains Tahap
Satu
|
Tahun 1
|
Tahun 2
|
Tahun 3
|
Peruntukan waktu/minggu
|
3
|
3
|
3
|
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran ini
diambil dari waktu mata pelajaran
Bahasa Melayu bagi sekolah kebangsaan dan waktu pelajaran bahasa pengantar
masing-masing bagi sekolah jenis kebangsaan.
2.2.4 Persediaan Pelaksanaan
Persediaan kepada pelaksanaan mata pelajaran
sains tahap satu melibatkan beberapa perkara utama
bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaannya. Tiga perkara utama yang diberi fokus
dalam persediaan kepada pelaksanaan adalah penyediaan bahan kurikulum, pemerolehan
bahan dan peralatan untuk pengajaran
dan pembelajaran dan persediaan tenaga pengajar yang akan melaksanakan mata pelajaran
ini.
(a) Bahan Kurikulum
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang
disediakan untuk memastikan pelaksanaan program
berjalan dengan berkesan adalah
terdiri daripada:
1.
Dokumen
Sukatan Pelajaran
2.
Huraian
Sukatan Pelajaran
3.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran
Semua bahan kurikulum tersebut akan
disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Satu panel
penggubal bahan kurikulum telah
ditubuhkan dengan diterajui oleh pendidik sains dari Pusat Perkembangan Kurikulum.
Panel penggubal mata pelajaran ini yang
terdiri daripada:
1.
Guru sekolah rendah
2.
Guru sains sekolah menengah
3.
Pensyarah maktab
4.
Pensyarah universiti
5.
Pendidik sains di jabatan pendidikan negeri dan
Kementerian Pendidikan.
Kurikulum Sains Tahap Satu diorganisasikan
kepada tema bidang penyiasatan seperti yang terdapat
dalam kurikulum sains tahap dua.
Bidang penyiasatan ini dibahagikan kepada beberapa bidang pembelajaran tertentu. Di
bawah setiap bidang pembelajaran terdapat
unit-unit pembelajaran.
(b) Pembekalan Bahan dan peralatan sains
peralatan dan bahan sains akan dibekalkan
kepada setiap sekolah sebelum
pelaksanaan penuh. Sejumlah peruntukan telah dipohon untuk tujuan pemerolehan dan pembekalan
bahan dan peralatan. Kementerian
Pendidikan juga sedang menyediakan senarai peralatan
dana bahan sains dan spesifikasi untuk memudahkan pihak sekolah dalam proses
pemerolehan bahan dan peralatan tersebut.
(c) Kursus dalam perkhidmatan (kursus
orientasi).
Kursus orientasi untuk guru-guru dalam
perkhidmatan akan dijalankan dengan bertujuan untuk
memberi latihan secara intensif bagi
memastikan mereka memahami hasrat sebenar kurikulum sains tahap satu dan seterusnya
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
[
Ahmad Hozi H. A. Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bidang Sains dan Matematik,
Pusat Perkembangan Kurikulum].
2.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Dalam proses transformasi kurikulum,Kementerian Pelajaran
Malaysia tekah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi
memastikan kurikulum persekolahan setanding dengan pendidikan global. Melalui
transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan
serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Jadual 3 menunjukkan perbezaan antara KBSR dengan KSSR.
No comments:
Post a Comment